Ahad, 13 Mac 2016

Rabun Silau

Tips Dan Rawatan Untuk Rabun Silau


Gejala Yang Kerap Dihidapi Oleh Penghidap Rabun Silau:

(*)Imej atau objek yang dilihat adalah kurang jelas.
(*)Berasa perit pada bahagian mata.
(*)Sakit kepala dimana tahap kesakitan sakit kepala yang berbeza-beza mata.
(*)Mudah merasa letih.
(*)Mata tidak selesa.
(*)Imej dekat dan jauh kelihatan kabur
(*)Sensitif pada cahaya
(*)Ketegangan mata
(*)Mata berair
(*)Pandangan berlapis
(*)Penglihatan ‘upside down’
(*)Pandangan terherot
(*)Juling iaitu keadaan mata yang tidak selari antara satu sama lain
(*)Susah memandu pada waktu malam dan kadang – kadang pandangan nampak dua
(*)Mata sering berkelip atau sering menutup mata

Tips Untuk Mengatasi Masalah Rabun Silau

(*)Lihat pokok hijau dalam tempoh 10 minit pada setiap pagi. Tetapi anda hendaklah berdiri di satu posisi sahaja dan fokus kepada titik tersebut.
(*)Elakkan untuk membaca buku atau melihat skrin telefon dalam suasana cahaya yang samar.
(*)Banyakkan makan makanan yang mengandungi sumber Vitamin A seperti minum jus lobak merah, tetapi jangan menggunakan gula dan ais.
(*)Jangan melihat skrin komputer terlalu lama. Setiap 30 minit,rehatkan mata anda dengan pejam dan celik berulangkali untuk meregangkan otot mata.
(*)Makan supplement Vitamin A untuk membantu kesihatan mata.


Rawatan Yang Diperlukan Oleh Penghidap Rabun Silau:

1. Cermin mata

(*)Pemakaian cermin mata adalah satu cara yang mudah dan selamat untuk semua orang. Malah, ia menjadi pilihan ramai kerana pelbagai reka bentuk cermin mata.

2. Kanta lekap

(*)Kanta lekap memberikan keselesaan yang lebih berbanding memakai cermin mata. Terdapat kanta lekap khas untuk penghidap rabun silau tinggi iaitu kanta lekap Torik atau RGP. Namun, langkah penjagaan dan pemakaian kanta lekap yang selamat dan betul perlu dititikberatkan untuk mengelak sebarang komplikasi pada mata.

3. Pembedahan Kornea

(*)Pembedahan kornea merupakan langkah akhir untuk merawat rabun silau ini. Teknik laser akan digunakan untuk menghapuskan kelengkungan kornea yang tidak sekata dan menjadikannya lebih berbentuk sferikal. Oleh itu, pastikan anda mendapatkan khidmat nasihat dari doktor pakar jika anda merancang untuk melakukan pembedahan.



Tips Memilih Cermin Mata Yang Sesuai Untuk Kanak-Kanak:

(*)Benarkan anak anda memilih bingkai mereka sendiri mengikut citarasa mereka.

(*)Pilihlah bingkai plastik kerana ia tahan lama dan tidak membahayakan kanak-kanak terutamanya sekiranya anak anda berumur dua tahun dan ke atas.

(*)Sekiranya anak anda mahu memilih untuk menggunakan bingkai logam, pastikan cermin mata mereka mempunyai engsel spring kerana ia lebih tahan lama. Walaubagaimanapun,cermin mata bingkai logam ini sesuai untuk kanak-kanak yang lebih besar.

(*)Kanta khas yang dipanggil kanta tinggi indeks, yang lebih nipis dan lebih ringan daripada kanta plastik diperlukan oleh kanak-kanak yang mempunyai masalah mata yang teruk.

(*)Pastikan terdapat satu tali elastik yang disertakan dengan cermin mata kerana ia akan membantu menjaga cermin mata tersebut sekiranya mereka sedang bergerak aktif seperti bermain.

Kesimpulan

(*)Pantaulah perkembangan penglihatan anak anda sekiranya anak anda banyak terdedah kepada gadjet,permainan video dan sebagainya.Dapatkan rawatan awal daripada doktor sebelum rabun silau menjadi bertambah buruk.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan