Selasa, 31 Mei 2016

Tidur selesa tanpa aircond

12 cara tidur malam selesa tanpa pasang aircond di rumah anda

31 MAY 2016

Dah nak masuk separuh abad saya hidup kat Malaysia ni.

Berdasarkan ilmu alam, subjek yang dipelajari masa sekolah dahulu, Malaysia merupakan sebuah negara yang iklimnya seperti berikut:

  • Mempunyai suhu yang seragam sepanjang tahun
  • Kelembapan yang tinggi
  • Hujan yang banyak
  • Keadaan langit yang tidak berawan adalah sesuatu yang agak pelik
  • Menerima cahaya matahari yang amat banyak
Dalam keadaan seperti di atas, semenjak zaman kanak-kanak dahulu, tidak ada apa-apa masalah kepanasan untuk tidur malam walaupun rumah tak ada kipas angin atau pendingin hawa. Tidur sentiasa sedap dan nyaman, terutamanya di rumah kampung yang diperbuat dari kayu dan ada banyak pubang untuk angin masuk ke dalam rumah.

Tapi saya rasa semua itu dah banyak berubah sekarang. Terutamanya baru-baru ini keadaan cuaca panas yang agak melampau melanda negara kita. Tidak pernah dalam sejarah hidup saya terjaga dari tidur tengah malam dalam keadaan baju basah berpeluh walaupun kipas angin ligat berpusing atas kepala.

Ramai kawan-kawan merungut bil api mereka melambung tinggi. Kebanyakan orang yang berkemampuan pasang aircond, tidur dalam keadaan pendingin hawa mereka aktif sepanjang malam sampai ke pagi. Kalau anda ada banyak duit tidak apa buat begitu. 

Macam mana nak buat kalau anda bukan ada banyak duit sangat, dan tak mampu pulak pasang aircond di bilik tidur ?

Bolehkah anda tidur dalam keadaan selesa dan nyaman walapun dalam keadaan cuaca panas sekarang tanpa perlu ada dan pasang aircond di rumah ?

Saya kongsikan di sini, 12 cara tidur malam selesa tanpa perlu pasang aircond kat rumah atau bilik tidur anda.

1. Pakai cadar kapas 100%

Tidak ada kain cadar yang selesa sehebat jenis 100% diperbuat daripada kain kapas. Kalau nak selesa sentiasalah pastikan anda hanya membeli segala kain cadar dan lain-lain yang berkaitan dengannya daripada jenis kain kapas original yang 100% tulin.

Perhatikan benar-benar label cadar yang anda nak beli. Kebanyakan cadar diperbuat daripada jalingan dan gabungan Cotton dan Polyester. Jenis sebegitu tidak selesa dan telap udara yang membolehkan udara bebas keluar masuk dicelah-celah kain halus tersebut.

2. Ubah hala kipas angin

Macam mana anda halakan kipas angin yang ada dalam bilik tidur anda menentukan samada bilik anda akan rasa nyaman atau tidak di waktu malam. Biasanya, kita semua ada kipas siling yang ligat berpusing dari atas menembak turun udara yang ada dari siling rumah anda. Kalau boleh, elok jika anda gunakan kipas berdiri yang popular terjual di negara kita.

Jika anda pakai kipas angin berdiri, jangan halakan kipas tersebut terus tepat ke muka atau badan anda. Sebaliknya letakkan kipas itu berhampiran tingkas rumah, dan halakannya keluar dari salah satu tingkap yang ada. Dengan berbuat begitu, anda akan keluarkan bahang panas dari bilik atau rumah, dan udara nyaman dan dingin dari luar akan menerobos masuk menggantikan udara panas.

3. Gunakan seberkas ketulan ais

Ini taktik lama kalau keadaan cuaca dalam rumah terlalu panas dan kering. Ambil seberkas ketulan ais, letakkan di depan kipas angin atau bawah kipas angin. Bila ketulan air mencair, hawa dingin akan keluar memenuhi keadaan bilik atau rumah anda. 

Namun begitu, taktik ini lebih berkesan seandainya cuaca adalah panas dan kering. Ianya agak kurang berkesan dalam keadaan cuaca yang lembab seperti kebanyakan tempat di negara kita. Mungkin kawasan sebelah utara tanah air seperti Kedah dan Perlis adalah lebih berkesan menggunakan taktik ini.

4. Tutup tingkap biar bilik gelap

Di waktu siang hari, ketika anda pergi kerja, pastikan anda biarkan keadaan bilik gelap dan elakkan daripada cahaya matahari masuk ke dalamnya.

Anda boleh tutup terus tingkap, atau pasang tirai tebal supaya cahaya dapat dihalang masuk ke dalam bilik. Tingkap hanya dibuka pada waktu malam bila cahaya matahari sudah tidak ada lagi. Jika anda pasang tirai yang boleh reflek semula cahaya matahari keluar adalah lebih baik dan berkesan.

Biasanya, dengan berbuat seperti di atas, anda mampu menapis lebih 45% daripada kepanasan masuk ke dalam rumah atau bilik tidur anda.

5. Pakai pakaian kain kapas, jangan bogel

Mungkin ada yang rasa untuk tidur berbogel sahaja dalam keadaan yang amat panas. Anada rasa tidur bogel akan menjadikan keadaan lebih selesa dan sejuk. Tapi, masalah jika anda tidur bogel, peluh akan terus melekat dan melekit pada badan dan cadar tempat anda tidur. Ini menjadikan keadaan lebih merimaskan dan tidak selesa dan nyaman.

Oleh itu, pastikan anda tidur dengan memakai pakaian tidur yang nipis dan amat longgar dan diperbuat 100% daripada kapas. Anda akan rasa lebih selesa dan badan anda tidak melekit disebabkan peluh yang merimaskan.

6. Switch Off semua peralatan panas

Ada banyak peralatan yang jika dibuka atau dibiarkan mengeluarkan bahang panas. Peralatan seperti komputer, TV, microwave, lampu dan lain-lain sebagainya akan keluarkan panas pada bilik atau rumah anda. Sila pastikan kesemua peralatan ini ditutup, switch-off awal sebelum anda nak tidur.

Susunan dan lokasi di mana anda letakkan segala peralatan elektrik juga memberikan impak kepanasa dalam rumah anda. Pastikan semua benda yang keluarkan bahang tapi tak boleh di switch-off, seperti peti ais berada dalam dapur yang terpisah dari ruang tamu dan ruang lain.

7. Elak makan besar waktu malam

Dalam keadaan cuaca panas, bahang yang melampau, ditambah pulak dengan perangai makan besar di waktu malam, anda akan menambahkan lagi ketidak selesaan di waktu malam. Elakkan makan besar di waktu malam, anda akan rasa selesa dan ringan serta nyaman.

Bayangkan pukul 9 malam, anda belasah makan sepinggan penuh nasi, bubuh pula sup daging panas, tambah lagi dengan telur goreng dadar, ada sambal belacan pedas pulak. Anda sapu licin semua makanan tersebut, habis makan hirup pulak Kopi-O panas sedang Cap Hang Tuah...

Perghhh!, sedap memang sedap ! tapi badan anda akan mula berpeluh laju. Baju akan mula basah. Badan mula rasa panas sebab perut sedang ambil masa dan kuat buat kerja untuk hadamkan semua makanan yang masuk dalam peru anda.

Oleh itu, makan malam ringan-ringan sahaja. Ikan bakar kurang minyak, atau ayam bakar kering, dengan salad buah atau salad tuna adalah lebih sedap, ringan dan menyejukkan badan.

8. Minum air segar dan makan buah

Elakkan minum arak atau apa saja minuman beralkohol. Anda bukan saja dapat elakkan badan panas di atas muka bumi ini di waktu malam, malah anda boleh elakkan panas di sana nanti selepas mati.

Minum banyak air kosong segar dan makanlah buah-buahan segar seperti tembikai dan seumpamanya yang banyak air.

9. Mandi sebelum masuk tidur

Sebelum nak masuk tidur, anda boleh segarkan tubuh badan dan rendahkan suhu pada badan anda dengan mandi sedikit. Peluh yang melekit dan melekat di badan juga boleh dihilangkan dan membuatkan badan terasa ringan dan segar nyaman.

10. Sejukkan kaki

Teknik untuk membuatkan keseluruhan badan terasa sejuk dan segar adalah dengan membuatkan kaki anda menjadi sejuk. Oleh itu, letakkan sebesen air sejuk di sebelah katil untuk kegunaan anda jika badan terasa semakin panas.

Bila anda rasa bahang mula menaik pada badan, rendamkan saja kaki anda pada besen yang berisi air sejuk tersebut dan biarkan ia sejuk. Suhu badan akan mula turun dan anda akan terasa sejuk semula dengan pantas.

11. Taburkan bedak bayi pada selimut dan cadar

Tahukah anda dengan merenjiskan atau menabur sedikit bedak bayi secara nipis dan boleh membuatkan anda rasa nyaman ketika tidur ? ia juga membuatkan peluh di serap dengan amat pantas dan berkesan.

12. Tidur seorang diri

Ya!, pasangan anda mungkin tak berapa setuju dengan cadangan ini. Tapi kalau panas melekit masa nak tidur, sentuhan antara kulit anda dan pasangan tidak banyai membantu meredakan keadaan. Peluh lebih cepat keluar dan kulit mula terasa melekit.

Cara terbaik adalah tidur berasingan atau sekurangnya jarakkan diri antara satu sama lain. Pastikan juga anda luaskan kedua kaki dan luaskan depaan tangan dan lengan. Cara ini akan mengelakkan anggota terhimpit dan seterusnya tidak akan berpeluh.

Tidur selesa tanpa aircond

Demikianlah 12 cara yang boleh anda amalkan dalam keadaan cuaca panas di waktu malam tanpa perlu pasang aircond di rumah atau dalam bilik tidur anda. Ini dapat menjimatkan duit dan membantu penjimatan penggunaan tenaga dan seterusnya menjadikan negara lebih hijau !

Khamis, 26 Mei 2016

Petua Jimat Letrik


Fea Fabulousity berkongsi kiriman Fitri Anis.
9 jam
Fea Fabulousity
15 jam
as db 1-2 bungkus ..just letak sahaja ..atas kotak tu ..x payah tempered ape2 ...in sha allah ..bil akn berkurang ..dah 2 bulan saya buat ..bil rumah biasanye rm370 ...boleh lah kurang ke rm240 bil rumah saya 2 bln ni.....selamat berjaya...siapa nak share silakan....ini petua sja..x jadi jgn kecam saya pulk ...

Jumaat, 20 Mei 2016

Membersihkan Bilik Mandi

Mesti Cuba! Langkah Mudah, Hanya 4 Minit Untuk Membersihkan Bilik Mandi



(**)Seringkali orang ramai mengabaikan kebersihan bilik mandi di rumah kerana beranggapan bahawa bilik mandi ini adalah ruang yang dianggap tidak penting.


(**)Namun tahukah anda sebenarnya bilik mandi ini adalah cermin peribadi terhadap si tuan rumah.Jika bilik mandi tersebut bersih,maka pembersihlah tuan rumah dan begitu pula sebaliknya. Di dalam Islam juga ada menyebut “kebersihan itu separuh daripada Iman”. Ini bermakna kebersihan sangat diutamakan dalam Islam.

(**)Panduan Membersihkan Bilik Mandi

(**)Bagi memastikan bilik mandi anda sentiasa bersih, curikan masa anda selama 4 minit untuk mencuci bilik mandi setiap hari. Caranya dengan menyembur cecair pencuci dan gosok dengan menggunakan span bermula dari bahagian paling bersih pada dinding atas diikuti dinding bawah yang kotor,sink tab dan juga mangkuk tandas.

(**)1. Jika jubin tandas anda berlumut,bersihkan dengan menggunakan bahan peluntur bersama air. Kemudian biarkan beberapa jam atau semalam sebelum diberus. Dengan cara ini, kesan kotoran mudah hilang. Sekiranya bahan peluntur yang anda gunakan itu kuat,jangan tuangkan terus di atas jubin,sebaliknya campurkan bersama air untuk mengelakkan kerosakan pada jubin.



(**)2. Pastikan juga anda menggosok mangkuk sink sekurang-kurangnya 2 minggu sekali, cermin tandas,mangkuk tandas, dan juga lantai bilik mandi seminggu sekali.



(**)3. Selalunya bahagian sudut lantai jubin iaitu pertemuan di antara lantai dan dinding yang sukar dibersihkan menjadikannya selalu diabaikan ketika proses membersihkan bilik mandi. Oleh itu,gunakan berus gigi kerana ukurannya yang kecil memudahkan ia sampai ke celah sudut berbanding berus besar.



(**)4. Jangan lupa untuk meletakkan sabun dan pewangi tandas setiap hari untuk mengelakkan bau yang kurang menyenangkan.



(**)Tips Menghias Bilik Mandi

(**)Pastikan anda memasang cermin muka.
(**)Sediakan tempat letak ubat gigi, berus gigi, sabun dan shampoo di tempat yang mudah untuk diambil .
(**)Sediakan rak menyangkut pakaian dan tuala.
(**)Memasang bingkai gambar atau lukisan
(**)Hiasikan bilik mandi dengan bunga-bungaan atau pokok hijau untuk kesegaran. Namun pastikan tidak terlampau.


(**)Petua Membersihkan Kotoran Degil Dalam Bilik Mandi



(**)1. Mangkuk Tandas Yang Berkerak

(**)Siramkan cuka pada sekitar permukaan dan penutup tandas dan biarkan selama 2 jam. Setelah itu, digosok keseluruhan mangkuk tandas itu dengan berus. Pastikan segala kerak dan kotoran yang ada habis terkikis dan kemudiannya bilas dengan air bersih. Cuka yang bersifat menghakis itu dapat membantu menghilangkan kotoran degil dengan lebih mudah.
(**)Kalau anda tidak ada cuka,anda juga boleh digunakan minuman coke.Tuang saja satu tin air coke ke dalam mangkuk tandas dan biarkan selama sejam. Kemudian flush. Kesan kotoran itu akan hilang akibat daripada tindakan ‘citric asid’ yang ada dalam coke.


(**)2. Kotoran Degil Pada Lantai

(**)Petuanya mudah sahaja,hanya ambilkan kapur sirih dan rendamkan dalam air. Kemudian tuangkan pada lantai dan biarkan selama 10-20 minit. Setelah itu,cuci dengan pencuci lantai biasa. Tetapi proses ini perlu dilakukan berulangkali untuk hasil yang maksima.

Rabu, 18 Mei 2016

Hias Ruang Tamu

FILLED UNDER:

Cara Terbaik Hias Ruang Tamu Agar Nampak Luas


(**)Tahukah anda ruang tamu mampu mencerminkan karakter pemilik rumah?


(**)Jadi, sebab itulah biarpun kediaman anda tidak luas, anda tetap perlu memikirkan atau mengambil kira cara hias ruang tamu tersebut.  Disebabkan keluasannya terhad,  cara hias ruang tamu yang paling penting anda ambil kira adalah konsep dan kelengkapan perabot yang dipilih. Pastikan ia tidak memakan ruang dan perlu digayakan dengan rapi, cantik serta selesa.

(**)Jom, ketahui lebih lanjut bagaimana mencipta atau hias ruang tamu yang kecil supaya nampak lebih cantik dan selesa.

(**)1.Permainan Warna

(**)Untuk mencantikan hias ruang tamu yang sempit, sebaiknya warna cat dinding dengan perabot atau aksesori harus dalam keadaan yang seimbang. Kombinasi warna yang seimbang mampu mencipta suasana yang dinamik. Selain kesimbangan warna diperlukan juga permainan warna, seperti warna-warna lembut terutama untuk aksesori. Contohnya, pasu bunga, alas meja dan bingkai foto berupaya mencipta suasana yang indah dan menarik pada dekorasi ruang tamu kecil anda.

(**)Kesan lapang juga boleh dimiliki dengan melakukan permainan kombinasi warna cat, seperti warna putih, warna krim, kuning cerah dan turquoise. Warna ini senang untuk disepadankan dengan kelengkapan perabot.



(**)2.Memilihan Perabot

(**)Untuk perabot seperti sofa, meja dan kerusi sebaiknya anda memilih yang ukurannya tidak terlalu besar dengan rekaan yang minimalis mahupun sederhana. Dalam perkara ini sebaiknya anda lebih mengutamakan fungsi daripada rekaan perabot tersebut. Selain itu, pemilihan perabot yang berukuran kecil akan membantu anda mendapatkan ruang lain yang boleh dimanfaatkan bagi keperluan lain.



(**)3.Maksimumkan Ruang

(**)Eleman ini juga tidak kalah pentingnya.Langkah ini bertujuan untuk mencipta ruang yang sempit menjadi ruang yang lebih besar dan fleksibel. Pemilihan perabot yang multifungsi dapat membantu anda mengurangi lebih banyak perabot yang mungkin anda gunakan sehingga membuatkan ruang tamu kediaman anda yang sempit itu menjadi lebih lapang dan selesa.


(**)Anda perlu lebih bijak dan kreatif dalam menentukan dan memilih hiasan atau aksesori apa yang sesuai digayakan untuk ruang tamu tersebut. Jika anda ingin menggantungkan beberapa lukisan atau foto, tempatlah secara rapi dan dalam bentuk simetris. Perkara ini membantu agar ruang tidak terkesan ‘huru-hara’.



(**)4. Lampu

(**)Lampu juga memiliki peranan penting terhadap penampilan ruang yamu secara menyeluruh. Pilih warna lampu hias yang sesuai untuk memberikan kesan hebat pada ruang tamu agar nampak lebih luas. Penggunaan warna lampu yang tepat boleh membuatkan ruang tamu kecil nampak luas dan bersih.



(**)5. Hindari Langsir Yang Tebal

(**)Mempunyai sebuah tingkap yang luas  sangat bagus untuk ruang tamu kediaman yang sempit. Supaya tidak nampak ‘lemas’, anda disarankan memilih langsir atau tirai yang lebih ringan atau yang tembus pandang. Memberikan langsir yang tebal dan berat akan membuatkan suasana di ruang tamu menjadi lebih sarat.

Membersih Menggunakan Baking Soda


FILLED UNDER:

8 Cara Membersih Menggunakan Baking Soda

baking-soda

8 Cara Membersih Menggunakan Baking Soda

Baking soda/baking powder adalah salah satu daripada bahan masakan yang di gunakan untuk menghasilkan kuih dan kek, namun tahukah anda selain dari itu ianya juga berguna untuk membersihkan peralatan dapur dan alat memasak anda dengan selamat tanpa menggunakan cecair pencuci yang mengandungi bahan kimia.

Berikut adalah 8 tips membersihkan alatan dapur menggunakan baking powder:

1. Taburkan baking soda ke ke atas span basah dan gunakan span tersebut untuk membersihkan meja dapur yang sering anda gunakan untuk meletakkan bahan mentah ataupun papan pemotong sayur.

2. Campur 3 bahagian baking soda dengan 1 bahagian air dan gunakan untuk menggosok campuran tersebut pada peralatan perak dan lap lap bersih. Bilas, lalu keringkan.

3. Taburkan baking soda keatas tuala dapur bersih yang lembab untuk membersihkan oven microwave anda. Boleh gunakan untuk mencuci di bahagian dalam dan luar.
4. Gosokkan baking soda pada tupperware atau besen plastik anda untuk membersihkannya dengan sempurna. Untuk membersihkan kotoran yang degil, rendam tupperware pada campuran 4 bahagian baking soda dan 1 bahagian air.

5. Untuk membersihkan periuk dan kuali, rendamkan kedalam campuran baking soda, cecair pencuci pinggan yang biasa anda gunakan, serta air panas selama 15 minit. Gosok dan bersihkannya seperti biasa. Untuk bekas masakan yang hangit yang sukar di bersihkan, gunakan periuk atau kuali untuk mendidihkan air yang telah dicampur dengan 2 sudu makan baking soda selama 15 minit dan bersihkan seperti biasa.

6. Bekas teh/kopi yang terbentuk pada cawan atau teko kesayangan boleh dihilangkan dengan cara merendamkannya kedalam campuran 50 gram baking soda dan 1 liter air selama semalaman. Setelah itu, cuci cawan dan teko seperti biasa.

7. Kesan kicap dan bahan perapan pada resepi ayam panggang selalunya melekat pada pemanggang dan susah untuk dibersihkan. Ini boleh diatasi dengan menggosok pemanggang dengan berus yang di celup 3 bahagian baking soda dan 1 bahagian air panas. Setelah bekas minyak dibersihkan, bilas dan cuci pemanggang seperti biasa.

8. Untuk membersihkan oven, sapu campuran baking soda dan air ke seluruh permukaan oven yang perlu dibersihkan, lalu biarkan selama semalaman. Setelah itu, bersihkan dengan tuala lembab. Untuk membersihkan kotoran pada oven dan dapur gas yang tidak terlalu teruk, campur 1 sudu teh baking soda dengan 2 sudu teh cuka atau air lemon, 1/4 sudu teh pencuci pinggan dan 1 cawan air panas. Semburkan cecair ini pada oven dan dapur gas yang perlu dibersihkan.

Di harap 8 tips membersihkan alatan dapur menggunakan baking powder ini berkesan dan mengelakkan anda menggunakan bahan kimia merbahaya di dapur.

Rabu, 11 Mei 2016

perempuan


8 Tanda paling ketara perempuan sudah disetubu@@

   
39448
 
0
SHARE 
Gadis yang masih suci adalah gadis yang menjaga maruahnya dan tidak pernah disentuh oleh mana-mana lelaki.Sentuh bukanlah bermaksud berpegangan tangan dan sebagainya.Namun apa yang di maksudkan ialah sentuhan intim lelaki sehingga seseorang perempuan itu hilang daranya.So,disini terdapat beberapa tanda yang boleh andakenalpasti samada kekasih anda masih dara ataupun tidak.Untuk yang ingin dijadikan teman hidup,anda seharusnya peka terhadap perkara ini.Berikut merupakan petua dan cara untuk mengenalpasti samada kekasih anda masih suci ataupun tidak.
TANDA SEORANG PEREMPUAN YANG SUDAH DiSENTUH
1. DAHI
Bagi perempuan yang masih dara,kita boleh lihat melalui dahinya.Gadis yang masih suci dahinya licin dan tidak berkedut.Bagi perempuan yang tiada dara,kita boleh lihat perbezaanya.Dahinya berkedut dan mempunyai garis-garis halus.Dahinya tidak licin seperti perempuan yang masih suci.Dahinya kadangkala nampak berkedut walaupun tidak bercakap.Untuk lihat kelainan ini,anda boleh lihat pada orang yang sudah berkahwin dan orang yang tidak berkahwin.Perhatikan betul betul pada bahagian dahinya.
2. HIDUNG
Gadis yang masih suci atau tubuhnya belum disentuh oleh lelaki, hujung hidungnya berwarna kemerah-merahan, jika disentuh hujung hidungnya nampak merah. Gadis yang tidak suci hujung hidungnya merah tetapi merah pucat.Perhatikan anal perempuan anda yang masih kecil.Lihat hidungnya,masih merah dan tidak pucat.ini merupakan salah satu tanda untuk perempian yang tiada dara.
3. PUNGGUNG
Punggung gadis berubah bentuknya disebabkan oleh dua perkara iaitu kerana proses horman dan disentuh lelaki.Punggung yang sudah kena sentuhan lelaki akan menjadi besar terutamanya bagi yang sudah melakukan hubungan kelamin. Punggung gadis yang masih suci walaupun gemuk ia masih kelihatan cantik, sebab masih kental dan tegang serta tidak lesu dan jatuh. Cuba perhatikan pinggang gadis, kalau pinggangnya masih ramping dan punggung tidak besar, tidak montok dan kenyal pada punggungnya.
4. LEHER
Untuk perempuan yang masih dara,sudah tentunya leher dan kulitnya masih anjal dan tegang melainkan gadis yang gemuk.Bagi perempuan yang kurus,kesan kedut ataupun kedutan kita bole lihat pada bahagian lehernya.Terdapat garis garis halus kecil di bahagian lehernya,garisnya putus-putus bukanlah panjang.Maksud lainnya gadis yang tiada dara mempunyai garisan halus melintang pada bahagian lehernya.
5. RAMBUT
Rambut merupakan mahkota wanita tetapi juga berperanan menentukan gadis itu masih suci atau tidak. Gadis yang masih suci, rambutnya memang kemas, kelihatan segar dan tidak kasar, sementara gadis yang sudah hilang kesuciannya, rambutnya kelihatan tidak berghairah.Untuk membuktikan cuba sediakan satu buah kelapa muda yang sudah dilubang ditengahnya dan airnya tidak dibuang lalu masukkan potongan rambut tersebut. Jika rambut2 itu terapung dipermukaan air kelapa artinya gadis itu masih suci. Jika semua rambut itu tenggelam ertinya gadis itu sudah tidak suci. satu lagi caranya, kalau disaat ditiup angin rambut gadis itu mengembang lembut dan kembali ketempat asalnya.6. GARIS TELAPAK TANGAN
Gadis yang berkulit tebal dan kasar, cuba perhatikan kedua tapak tangannya, jikalau retak, bermaksud gadis itu sudah hilang kesuciannya. Gadis yang masih suci, kedua telapak tangannya halus dan licin. Jika kesuciannya telah hilang, kedua tapak tangannya ketika di tekan warnannya pucat tidak merah, jika selepas ditekan, ia akan tegang serta merta. Satu cara lagi, cuba perhatikan tapak tangan kanan, jika ada garis putus bahagian tengah bererti kesuciannya telah hilang, bila tidak terputus bererti ada harapan kesuciannya belum hilang. setelah melihat telapak tangan yang kanan, cuba genggam ibu jari tangannya dalam masa satu minit, ketika menggenggam terasa panas sedikit dan ibu jarinya merah ketika dilepaskan, bererti ada harapan masih suci. Perhatikan pula ibu jarinya, bila nampak pucat sekali walaupun ada rasa hangat bererti kemungkinan besar kesuciannya sudah terbang.7 TUMIT KAKIBagi yang tiada dara,kita boleh lihat pada bahagian tumit kakinya.Tumit kakinya kelihatan bulan dihujungnya.Bagi yang dara,tumit kaki hujungnya kelihatan tajam.Perhatikan bagi pasangan yang sudah berkahwin.
Namun begitu,fakta ini tidaklah sahih 100 %.Ini cuma petua orang-orang dulu.Sekadar perkongsian.