Cara Hilangkan Kesan Makanan Pada Pakaian
Kotoran kopi, coklat dan kari – semua ini betul-betul mencabar tahap kesabaran (lebih-lebih lagi jika kamu OCD) dan bil dobi kamu. Hapuskan masalah ini dengan cara mudah.
Kopi
Cara #1: Rendam dalam cuka.
Rendam bahagian yang terkena kotoran dalam air dan cuka sebelum basuh dalam mesin basuh. Jika kotoran itu kecil, sapu dengan sedikit cuka saja untuk menghilangkan kotoran itu.
Cara #2: Guna air sejuk.
Jika kopi tertumpah pada fabrik wool, rendam tisu dengan air sejuk dan tekan perlahan-lahan pada kotoran itu sebelum mencucinya.
Kesan Coklat
Top tip: Jangan sesekali guna air panas untuk basuh kotoran coklat kerana ia akan kekal!
Cara #1: Guna sabun atau detergent.
Gosok bahagian kotoran dengan sabun atau detergent sehingga ia berkurangan. Bilas dan ulang proses yang sama sehingga ia hilang.
Kuah Kari
Cara #1: Jus lemon.
Sapu jus lemon di kawasan kotoran dan biarkan semalaman. Selepas itu, basuh seperti biasa.
Cara #2: Guna ubat gigi.
Kalau tak ada jus lemon, ubat gigi pun boleh.
Artikel asal: Jess Edwards
Tiada ulasan:
Catat Ulasan