Selasa, 26 April 2016

Tidak Kekal Menjadi Gemuk!

Kenali Jenis-Jenis Rasa Lapar Dan Cara Menahannya Supaya Anda Tidak Kekal Menjadi Gemuk!



(**)Anda sering berasa lapar walaupun sudah menikmati makanan? Rasa lapar dan ingin menjamah makanan itu masih kuat biarpun anda sebenarnya sudah makan banyak!


(**)Memang sukar untuk membezakan mana lapar yang sebetulnya dan mana yang hanya kerana nafsu semata.Ketika rasa lapar itu datang, anda sering kehilangan rasionaliti, sedangkan perasaan lapar itu tidak semestinya kerana tubuh memerlukannya.

(**)Di samping itu, cara anda menahan lapar turut mempengaruhi kesihatan dan juga berat badan anda. Jadi, sebab itulah, anda perlu tahu jenis-jenis rasa lapar dan bagaimana cara menahan lapar tersebut daripada terus menghantui.

(**)Berikut adalah jenis-jenis rasa lapar dan cara terbaik untuk anda menahan lapar tersebut:

(**)Lapar Yang Sepatutnya
(**)Antara tanda-tanda kelaparan jenis ini adalah rasa cemas, seperti mahu menggigil kerana gula darah yang rendah, sakit kepala,sesak nafas dan perut mula berbunyi.Lapar ini mungkin memberitahu bahawa kini sudah tiba waktu makan.Jangan tunggu sehingga rasa lapar itu menjadi meluap-luap, sebaliknya sediakan kudapan yang menyihatkan buat sementara waktu.

(**)Lapar Ketika Tengok TV
(**)Memang seronok sambil menonton siri TV kegemaran sambil mengunyah. Tanpa disedari, anda mungkin telah banyak makan dan secara tidak langsung anda telah menikmati kalori yang berlebihan. Cara menahan lapar yang sebaiknya anda lakukan ketika menonton TV ialah cuba sibukkan tangan anda.Misalnya, melipat kain baju, mengemas kotak aksesori anda dan sebagainya.

(**)Lapar Dan Marah
(**)Kombinasi daripada kedua perkara ini terjadi ketika gula darah turun. Selain cepat marah, rendahnya gula darah dapat menyebabkan anda menjadi hilang fokus. Dalam keadaan ini,jika anda sedang berdiskusi dengan seseorang,efeknya adalah pertengkaran.

(**)Lapar Sebab Stress
(**)Biasanya ketika sedang stress,anda tidak akan jadi memilih terhadap makanan.Akibatnya anda akan makan apa sahaja dan makan dalam jumlah banyak.Melakukan pelbagai teknik melegakan stress seperti bersenam adalah cara terbaik untuk mengawal rasa lapar tersebut.

(**)Lapar Kerana Bosan
(**)Ramai orang berasa bosan kerana tidak mempunyai sebarang aktiviti yang menyenangkan,sehingga aktiviti ‘makan-makan’ menjadi agendanya.Cubalah perbaiki rasa bosan itu dengan melakukan aktiviti yang bermanfaat dan boleh menggembirakan hati anda. Kawal pengambilan makanan, pastikan anda mengambilnya dalam jumlah yang sedikit.Minum segelas air sebelum makan juga akan membantu anda mengurangkan rasa lapar.

(**)Lapar Kerana Sindrom Pramenstruasi
(**)Rasa lapar ketika sindrom pramenstruasi (PMS), sering merosakkan rancangan diet sihat. Perubahan hormon menjelang kedatangan haid akan meningkatkan nafsu makan, meskipun ianya  bersifat sementara.

(**)Jika anda memiliki jenis-jenis rasa lapar tersebut, berikut ini untuk mengatasinya.

(**)Makan Makanan Berprotein
(**)Protein berguna untuk mengantikan kalori yang berasal dari makanan yang mengandung karbrohidrat / lemak. Selain itu protein juga meningkatkan metabolisme tubuh, mempertahankan otot ketika diet serta memiliki fungsi antioksidan.

(**)Kudapan
(**)Kudapan sememangnya sangat membantu untuk menahan rasa lapar. Sungguhpun begitu, tidak semua kudapan boleh anda yang berdiet nikmati. Sebaiknya pilih kudapan yang mengandungi banyak protein dan rendah karbrohidrat.

(**)Sarapan Pagi
(**)Pastikan adan tidak lupa untuk bersarapan pagi kerana ia membantu mencegah anda makan berlebihan pada siang hari.

(**)Makan Buah-Buahan
(**)Salah satu aspek yang boleh menimbulkan rasa lapar adalah status glikogen hati. Ketika glikogen hati kosong, otak akan merespons sebuah signal yang boleh merangsangkan rasa lapar. Untuk itu, makanlah buah-buahan segar, dan tinggalkan jus buah yang manis!

(**)Gunakan Piring Kecil
(**)Untuk menghadkan pengambilan makanan yang berlebihan, cuba pakai piring dengan saiz yang lebih kecil.

(**)Perbanyakkan Minum Air Putih
(**)Air memiliki banyak manfaat seperti melancarkan sistem penghadaman dan mengusir racun dalam tubuh. Untuk mengurangi atau menahan rasa lapar tersebut minumlah air putih terlebih dahulu setengah jam sebelum anda menikmati makanan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan